All News

Program Kesedaran Kesihatan - Aktiviti Jom Memanah

Memanah web

 

Gambar : Md Nasir Ahmadan

 

Pusat Pengajian Pendidikan (SoE) telah menganjurkan Program Kesedaran Kesihatan iaitu Aktiviti Jom Memanah yang bertempat di Lapang Sasar Memanah, Pusat Sukan UUM pada  2 Ogos 2022 (Selasa). Objektif utama program ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kesedaran dalam kalangan kakitangan tentang kepentingan gaya hidup sihat. Program ini juga dapat meningkatkan semangat berpasukan di kalangan warga SoE dan mengurangkan risiko hipertensi, kemurungan serta obesiti.