KOLEJ VOKASIONAL JUASSEH, NEGERI SEMBILAN MAI KE UTARA

 

KOLEJ VOKASIONAL JUASSEH NEGERI SEMBILAN MAI KE UTARA

 

38 pelajar Kolej Vokasional Juasseh, Negeri Sembilan memilih Universiti Utara Malaysia sebagai destinasi lawatan.

Lawatan ini juga bertujuan memberi nilai tambah kepada pelajar tentang pembelajaran secara formal melalui pemerhatian dan pengalaman sebenar.

Taklimat Discover UUM 2.0 telah disampaikan oleh Timbalan Pengarah Pengurusan Acara dan Pentadbiran H. Rasidah H. Rodzi baru-baru ini.

“Sangat seronok dan berasa minat untuk sambung belajar di UUM, Selain itu, berasa teruja untuk mengetahui semua tempat di UUM. Kata pelajar Kolej Vokasional Saudari Nur Balqis Batrisyia Norrami.”

Sehubungan itu, delegasi dibawa melawat ke Muzium Pengurusan UUM, Perpustakaan Sultanah Bahiyah dan Pusat Pengajian Pendidikan.

Delegasi diiringi Pensyarah Pusat Pengajian Pendidikan Prof. Madya Dr. Norazlinda Saad.