All News

SELAMAT HARI GURU - PROGRAM BICARA KARYA MEMOIR

 

Sempena Hari Guru yang disambut pada 16 Mei setiap tahun, Pusat Pengajian Pendidikan, Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Utara bekerjasama menganjurkan program Bicara Karya Memoir Yusof Hasan.
 
Program ini mengundang tokoh pendidikan dan juga penulis buku Menongkah Gelombang Globalisasi: Memoir Yusof Hasan, Profesor Emeritus Datuk Dr. Yusof Hasan untuk berkongsi pengalaman dan menceritakan jalur cabaran yang telah diharunginya sepanjang 50 tahun bergelar pendidik.
 
Program ini turut mengundang Profesor Madya Dr. Mohd Kasri Saidon yang turut mengupas buku karya Yusof Hasan yang dianggap sebagai buku yang komprehensif tentang sejarah pendidikan. Dr. Husairi Hussin pula bertindak selaku moderator bicara karya.
 
Naib Canselor UUM, Prof. Dr. Mohd Fo'ad Sakdan telah melancarkan buku Menongkah Gelombang Globalisasi: Memoir Yusof Hasan terbitan UUM Press bersempena dengan sambutan Hari Guru dan Hari Raya Aidilfitri Pusat Pengajian Pendidikan UUM.
 
Program ini turut dihadiri oleh Pengarah DBP Wilayah Utara, Puan Nurul Julia Alani Henry dan Timbalan Dekan Pusat Pengajian Pendidikan UUM, Dr. Mohd Faiz Mohd. Yakub.