All News

TAHNIAH KEPADA DR. NOR FAUZIAN KASSIM ATAS PENERIMAAN PINGAT BINTANG KEBAKTIAN MASYARAKAT (BKM)

 

 

Tahniah diucapkan kepada Dr Nor Fauzian Binti Kassim dari Pusat Pengajian Pendidikan (SOE) UUM atas penerimaan pingat Bintang Kebaktian Masyarakat (BKM) yang dipersembahkan dalam istiadat penganugerahan Darjah-darjah, Bintang-Bintang dan Pingat-pingat Kebesaran sempena sambutan ulang tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Negeri Kedah Darul Aman ke-81 pada hari Rabu , 21 Jun 2023 di Balairung Seri Besar, Istana Anak Bukit, Alor Setar,Kedah Darul Aman.

 

Anugerah Bintang Kebaktian Masyarakat (BKM) dipersembahkan kepada beliau atas jasa bakti beliau selama 22 tahun dalam Persatuan Bola Jaring Negeri Kedah (PBJNK) dengan jawatan Bendahari Kehormat PBJNK. Jawatan terkini beliau adalah Naib Presiden bagi tahun 2022-2024.

 

Anugerah ini adalah pengiktirafan yang amat bermakna dan membanggakan bagi sumbangan cemerlang dalam bidang yang beliau ceburi.


Semoga penghargaan ini menjadi inspirasi serta motivasi yang tinggi kepada Dr Norfauziyan untuk terus berusaha dalam bidang keahliannya. Adalah diharapkan segala usaha dan kerja keras yang telah dilakukan dapat terus memberikan manfaat kepada masyarakat dan negara.