All News

FELO IETLE SOE RAIH ANUGERAH IMAM BUKHARI INTERNATIONAL SCHOLARSHIP DI UZBEKISTAN

 

Dr Aliff full

 

Felo dari Institute of Excellent Teachers and Leaders in Education (IETLE) SOE, Dr. Mohd Aliff Mohd Nawi telah memulakan penyelidikan di Imam Bukhari International Scientific Research Center di Samarkand, Uzbekistan setelah dilantik bermula dari 1 Jun hingga 31 Julai ini.

Pelantikan beliau itu adalah bagi melaksanakan kajian berkaitan sumbangan figura ulamak Islam dari Uzbekistan seperti Al-Khawarizmi, al-Biruni, Imam Bukhari dan al-Farabi dalam membentuk perkembangan teknologi pada dunia hari ini.

Bahan kajian ini seterusnya dibangunkan secara bahan kreatif digital bagi meningkatkan kesedaran dan mendidik masyarakat khususnya di peringkat global.

Selain melaksanakan kajian di Pusat Penyelidikan di Samarkand selama hampir sebulan, Dr. Mohd Aliff juga akan melawat beberapa tapak bersejarah yang telah diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO di Khiva dan Bukhara. Kesemua tempat yang bersejarah yang luar biasa ini terkenal dengan pelbagai bangunan dan monumen bersejarah merangkumi istana, masjid, madrasah dan tembok kota purba yang masih kekal sejak dari abad ke-10.

Peluang untuk meneroka tapak-tapak ini akan memberikan beliau pengalaman langsung tentang warisan budaya dan keajaiban seni bina yang menyumbang kepada kepentingan sejarah Islam kepada dunia hari ini.

Berita penuh berkaitan penyelidikan Dr. Mohd Aliff boleh dibaca menerusi https://www.bukhari.uz/?p=29548