Rektor UHAMKA, Prof. Dr. Gunawan Suryoputro, M.Hum dan 4 orang wakil daripada Universitas Muhammadiyah Prof. Dr. Hamka (UHAMKA) telah mengunjungi Pusat Pengajian Pendidikan (SOE) pada 2 Oktober 2023.
Dekan SOE, Prof. Dr. Yahya Don menerima baik kunjungan daripada UHAMKA dan mengadakan lawatan di beberapa bangunan SOE serta mengunjungi Naib Canselor UUM, Prof. Dr. Mohd Foad. Kunjungan tersebut dapat mengeratkan lagi hubungan persahabatan dan meneruskan kerjasama antara UUM dan UHAMKA. Kolaborasi ini bakal dipertingkatkan melalui pertambahan jumlah penyelidikan dan kerjasama yang melibatkan pensyarah dan pelajar antara kedua-dua universiti ini.
Sekian.