All News

TAHNIAH!! Pemenang Anugerah Keusahawanan Kementerian Pendidikan Tinggi (AKKPT) 2023

 

WhatsApp Image 2024 03 09 at 14.51.20

 

SETINGGI-TINGGI TAHNIAH DIUCAPKAN!!!

Pemenang Anugerah Keusahawanan Kementerian Pendidikan Tinggi (AKKPT) 2023

 

Kategori Khas G : Geran Latihan Siswa

Puteri Saidatul Azwa Tun Ali

Tempat ketiga (RM 10,000)

 

Kategori Khas G : Geran Latihan Siswa

Eisha Shuhaina Ezzatie Mohd Shukri

Tempat Kelima (RM 10,000)

 

__________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

 

Nama : PUTERI SAIDATUL AZWA BINTI TUN ALI

SEMESTER : 7 (A221) edu Business

Asal : KUALA KANGSAR, PERAK

Mentor : Dr Norazlinda binti Saad

CEDI : En. Zaim
Tentang saya:
Hai! Saya Puteri Saidatul Azwa Tun Ali pengasas Ptryali Studio. Pelajar Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam Perniagaan Pendidikan, Semester 7 (A221) . Saya seorang jurugambar perkahwinan yang berpangkalan di Perak, dan saya telah mengambil gambar selama hampir 7 tahun. Saya pakar dalam membuat potret pengantin secara digital dan dengan filem. Karya seni pertama saya telah diterbitkan pada tahun 2018.

Ringkasan Eksekutif:
Ptryali Studio telah membuktikan kecemerlangan dalam menyediakan perkhidmatan fotografi perkahwinan yang tidak hanya merakam tetapi juga menyampaikan kisah emosi setiap perkahwinan. Sejak penubuhannya, kami telah membentuk pasukan jurugambar yang tidak hanya mahir secara teknikal tetapi juga penuh dengan kreativiti dan sensitiviti terhadap perasaan, cerita, kenangan, dan tren imej semasa klien kami.

Dalam era digital ini, kami mengintegrasikan elemen fotografi 'mirrorless' untuk menawarkan perspektif yang unik dan dramatik dalam merakam setiap acara perkahwinan. Teknologi ini tidak hanya memberikan kecantikan visual tetapi juga memperkenalkan dimensi baru dalam pengalaman fotografi perkahwinan. Kemajuan dalam fotografi gaya hidup dan foto dokumentari adalah pendorong utama di sebalik pendekatan kami dalam merakam momen yang tidak terduga dan emosi semulajadi. Kami mengamalkan konsep 'fotografi semula jadi' dan mendapatkan inspirasi dari tren artistik semasa, memastikan bahawa setiap foto dan video berfungsi bukan sahaja sebagai rekod perkahwinan tetapi juga sebagai karya seni yang abadi.

Melalui kerjasama dengan pasangan, kami memastikan bahawa keperluan peribadi mereka digabungkan dengan kreativiti dan inovasi. Ptryali Studio tidak hanya menyediakan perkhidmatan fotografi perkahwinan tetapi juga membawa pasangan dalam perjalanan visual yang menyentuh hati dan meninggalkan kesan yang tak terlupakan pada setiap peringkat perjalanan hidup mereka.

Pengenalan Perniagaan:
Ptryali Studio, juga dikenali sebagai Puteri Ali Studio, khusus dalam menyediakan perkhidmatan fotografi perkahwinan di seluruh Malaysia. Terinspirasi oleh seorang pensyarah kolej vokasional kuala kangsar, Puteri berjaya mengendalikan tanggungjawab multimedia. Sejak bermula pada tahun 2019, Ptryali Studio, yang dipimpin oleh Puteri, telah menjadi pemimpin dalam industri kreatif, menawarkan perkhidmatan inovatif dan berkualiti tinggi. Komited kepada kecemerlangan dan kepuasan pelanggan, Ptryali Studio bertujuan untuk melebihi jangkaan dalam merakam dan menyimpan kenangan perkahwinan dengan indah.

Objektif Perniagaan:
Memperluaskan penawaran perkhidmatan dengan memperkenalkan pakej premium, seperti fotografi perkahwinan destinasi atau album foto yang dipersonalisasi, untuk merangkumi pelanggan yang lebih luas dan meningkatkan aliran pendapatan.

Visi Perniagaan:
Mencipta kenangan perkahwinan yang tak terlupakan melalui fotografi seni, bertujuan untuk menjadi pemimpin global yang dikenali kerana kecemerlangan dan kreativiti dalam merakam keajaiban cinta.

_______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

 

Nama: EISYA SHUHAINA EZATIE BT MOHD SHUKRI

Kos: Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Perakaunan

Semester: 8 (praktikum bulan 4)

Berasal: SIK Kedah

Adik Beradik: Sulung dari 2 adik beradik

Merupakan anak yatim seleps arwah ibu meninggal 20 tahun lepas masa saya 3 tahun dan adik 4 bulan.

Tinggal bersama tok di kampung dan golongan B40.

Saya menjalankan Perkhidmatan Suprised Delivery di Varsity Mall Universiti Utara Malaysia yang dikenali sebagai Bouquet_Uni.

Yang menyediakan pelbagai bouquet, hamper, picnic planner dan buah untuk orang tersayang.

Saya mempunyai hasrat untuk menambah cawangan kedai di Universiti Berdekatan.